Tuesday, January 31, 2023
23.8 C
Brunei

-

Biden belum buat keputusan untuk bertanding semula

WASHINGTON, 2 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden belum membuat keputusan muktamad sama ada akan bertanding untuk penggal kedua pada 2024, lapor Sputnik.

Menurut Politico, isteri presiden, Jill Biden, menyokong suaminya bertanding pada pemilihan presiden akan datang.

Di sebalik kebimbangan mengenai keupayaan pemimpin berusia 80 tahun itu, mereka yang rapat dengan Biden percaya tidak mustahil beliau bertanding semula dan pengumuman mengenainya mungkin dibuat lebih awal iaitu dijangkakan pada pertengahan Februari.

Pada November, media AS melaporkan Biden mengadakan pertemuan tertutup dengan sekumpulan kecil penasihat kanan di kediaman Rumah Putih.

Pertemuan itu dikatakan untuk berbincang mengenai persiapan kempen pemilihan semula 2024. – Bernama

Biden semasa di Rumah Putih pada 22 Disember lalu. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -