Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Biden calonkan bendahari penduduk asli AS pertama

    WASHINGTON, 21 JUN – Seorang penduduk asli Amerika telah dicalonkan untuk menjadi bendahari Amerika Syarikat (AS) yang pertama dalam sejarah.

    Pencalonan Presiden Joe Biden kelmarin untuk Marilynn ‘Lynn’ Malerba diadakan ketika pentadbirannya menubuhkan Pejabat Hal Ehwal Suku Kaum dan Penduduk Asli di Jabatan Perbendaharaan, yang akan diawasi oleh bendahari AS tersebut.

    Tugas bendahari termasuk menyelia Mint AS, yang bertindak sebagai penghubung dengan Rizab Persekutuan dan menyelia Pejabat Dasar Pengguna Perbendaharaan. Tandatangan bendahari juga akan muncul pada mata wang AS.

    Malerba, yang merupakan ketua Mohegan Indian Tribe, sebelum ini bekerja sebagai jururawat berdaftar, menurut laman sesawang suku kaum itu dan telah berkhidmat dalam pelbagai peranan kerajaan puak asli.

    Tanah simpanan suku itu terletak di Sungai Thames di Uncasville, Connecticut.

    “Buat pertama kali dalam sejarah, seorang pemimpin suku dan nama wanita orang asli akan menjadi tandatangan pada mata wang kami,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen dalam ucapan yang disediakan sebelum pengumuman tersebut. – AP

    Malerba, yang merupakan penduduk asli Amerika, telah dicalonkan untuk menjadi Bendahari AS dalam acara bersejarah pertama kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...