Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Biden: dunia berisiko alami bencana nuklear

    WASHINGTON, 7 OKT – Presiden Amerika Syarikat Joe Biden kelmarin membangkitkan kebimbangan bahawa dunia berhadap bibit-bibit permulaan bencana nuklear, buat kali pertama sejak Perang Dingin.

    “Kami tidak menghadapi prospek bencana seumpamanya sejak Presiden John F Kennedy dan krisis peluru berpandu Cuba,” lapor Agensi Anadolu memetik ucapan presiden pada majlis pengumpulan dana Demokrat.

    Komen tersebut dibuat selepas Presiden Rusia Vladimir Putin membangkitkan ancaman perang nuklear bulan lalu ketika beliau menyatukan lebih banyak wilayah Ukraine di bawah Rusia. Putin dan proksi akhirnya menyelesaikan proses pengilhakan minggu ini berikutan pungutan suara yang dikecam oleh Barat sebagai ‘rampasan wilayah’ secara haram.

    Laporan tersebut menyebut Biden berkata beliau ‘amat mengenali’ Putin, sambil menambah pemimpin Rusia itu ‘tidak bergurau apabila beliau bercakap tentang potensi penggunaan senjata nuklear taktikal atau senjata biologi atau kimia, kerana prestasi tenteranya, yang boleh dianggap semakin merosot.’

    Tentera Ukraine berjaya merampas semula wilayah yang dahulunya diduduki oleh Rusia, memaksa mereka berundur dari wilayah Kharkiv utara dan Kherson di selatan. – Bernama

    Presiden Joe Biden melihat komputer kuantum IBM System One semasa lawatan ke kemudahan IBM di Poughkeepsie, New York, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...