Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Biden: Ekonomi AS tidak meleset

-

WASHINGTON, 29 JULAI – Ramai ahli ekonomi dan kakitangan perbankan menyatakan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak berada dalam kemelesetan, kata Presiden Joe Biden pada Khamis, lapor Sputnik.

“Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell dan ramai kakitangan perbankan serta ahli ekonomi  berkata kami tidak berada dalam kemelesetan,” kata Biden di Rumah Putih.

Beliau berkata kadar pekerjaan baharu yang diwujudkan dalam ekonomi AS dan rekod pengangguran adalah sebanyak 3.6 peratus.

“Ia bukan kemelesetan kepada saya,” kata Biden. Terdahulu pada Khamis, Jabatan Perdagangan AS menyatakan anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS menguncup 0.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas penurunan KDNK suku pertama sebanyak 1.6 peratus. Takrifan kemelesetan adalah mempunyai dua perempat pertumbuhan negatif.

Bagaimanapun, menurut pentadbiran Biden, angka terbaharu itu berdasarkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.7 peratus untuk seluruh tahun 2021 – pertumbuhan terpantas dalam empat dekad selepas penguncupan 3.5 peratus pada 2020 akibat langkah-langkah pandemik COVID-19. – Bernama

Presiden AS Joe Biden bercakap mengenai Akta Pengawalan Inflasi 2022 di State Dining Room, Rumah Putih di Washington, DC pada 28 Julai 2022. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

India, AS bimbang kapal China berlabuh di Sri Lanka

HAMBANTOTA, SRI LANKA, 16 OGOS – Sebuah kapal penyelidikan China hari ini berlabuh di pelabuhan Hambantota yang dikendali oleh China di Sri Lanka, meskipun...
- Advertisment -