Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Biden gesa lindungi hospital Gaza

    WASHINGTON, 14 NOV – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden hari ini menggesa Israel untuk melindungi hospital utama Gaza ketika pertempuran sengit antara tentera Israel dan Hamas meletus di sekitar kompleks itu.

    “Harapan dan jangkaan saya bahawa akan ada tindakan yang kurang mengganggu terhadap hospital,” kata Biden kepada pemberita di Pejabat Oval ketika ditanya sama ada beliau telah menyatakan kebimbangan pada Israel berhubung isu itu. “Hospital mesti dilindungi.”

    Biden, yang bercakap ketika beliau menandatangani inisiatif penyelidikan kesihatan wanita bersama Wanita Pertama, Jill Biden, menambah bahawa beliau “berhubung dengan Israel” mengenai perkara itu.

    Beliau berkata bahawa perjanjian untuk “pembebasan tahanan” masih dirundingkan dengan bantuan negara Qatar.

    Seorang pakar bedah dengan Doktor Tanpa Sempadan (MSF), kumpulan amal perubatan, berkata beratus-ratus orang terkandas di kompleks hospital Al-Shifa yang mengalami keadaan “tidak berperikemanusiaan”.

    Israel berhujah bahawa musuh-musuh Hamas membina ibu pejabat tentera mereka di bawah hospital Al-Shifa satu tuduhan yang dinafikan Hamas sementara agensi PBB dan doktor di hospital itu memberi amaran bahawa kekurangan bahan api penjana telah meragut nyawa, termasuk anak damit.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di wilayah Palestin berkata pada awal kelmarin bahawa sekurang-kurangnya 2,300 orang – pesakit, pekerja kesihatan dan orang yang melarikan diri daripada pertempuran – berada di dalam hospital Al-Shifa yang lumpuh. – AFP

    Gambar menunjukkan kepulan asap akibat letupan di Semenanjung Gaza pada 14 November 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda