MAYFIELD, AMERIKA SYARIKAT, 13 DIS – Pekerja kecemasan Amerika Syarikat kelmarin melakukan pencarian mangsa-mangsa yang terselamat dari ribut taufan ganas yang membunuh puluhan mangsa di beberapa buah negara dan beberapa bandar telah musnah, ketika gabenor Kentucky menyatakan anjing-anjing pengesan masih lagi mencari mangsa terkorban.
Presiden Joe Biden menggelar bencana alam di Amerika Syarikat ini sebagai ‘satu ribut terbesar’ pernah melanda dalam sejarah Amerika, dan pada malam kelmarin diisytiharkan satu bencana besar di Kentucky.
Sebelumnya beliau telah mengeluarkan isytihar kecemasan untuk negeri-negeri yang terjejas, tetapi di ubah atas permintaan gabenor untuk membenarkan bantuan tambahan.
Kedua-dua pegawai persekutuan dan tempatan telah menekankan jumlah kematian, buat masa ini sebanyak 94 korban dan mungkin akan meningkat.
Sementara ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan kecemasan Persekutuan (FEMA) pergi ke Kentucky untuk menilai situasi dengan penduduk mula menyelongkar di serpihan runtuhan rumah dan tapak perniagaan mereka.
Lebih dari 80 orang terkorban di negari itu, kebanyakan daripada mereka adalah pekerja di kilang lilin dalam kemusnahan bandar di Mayfield, Beshear berkata kepada CNN: “Jumlahnya akan melebihi dari 100.” – AFP