WASHINGTON, 20 JAN – Pentadbiran Biden akan mengkaji semula untuk menentukan sama ada penganiayaan Myanmar terhadap minoriti Rohingya sama seperti genosid, kata Antony Blinken semalam, lapor agensi Anadolu.
Beliau berkata demikian ketika sesi Senat yang membahaskan usul pelantikannya sebagai Setiausaha Negara dan andai diluluskan, jawatan itu membolehkannya mengetuai proses berkenaan.
Menurut Amnesty International, lebih 750,000 pelarian Rohingya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, melarikan diri dari Myanmar dan menuju ke Bangladesh selepas tentera Myanmar bertindak kejam terhadap komuniti minoriti Muslim itu pada Ogos 2017. – Bernama





























