Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Biden mahu pulihkan hubungan dengan Palestin

-

WASHINGTON, 27 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengarahkan pentadbirannya untuk segera ‘mengembalikan hubungan kukuh’ dengan Palestin dan Israel, kata pemangku utusan untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, lapor agensi Anadolu.

Richard Mills memberitahu Majlis Keselamatan urusan diplomatik itu ‘akan melibatkan pembaharuan hubungan dengan kepemimpinan Palestin, dan rakyat Palestin.’

Ia termasuk memulihkan bantuan kemanusiaan untuk Palestin yang ditangguhkan  Donald Trump, dan membuka kembali misi AS Palestin di Washington, D.C. yang ditutup bekas presiden itu pada 2018 ketika AS kembali menyokong penyelesaian dua negara, kata Mills.

“Perdamaian tidak boleh dipaksa terhadap rakyat Israel atau Palestin,” katanya. “Penglibatan diplomatik AS akan bermula berdasarkan perundingan aktif dengan kedua-dua pihak, dan kejayaan akhir memerlukan persetujuan aktif kedua-dua pihak.”

Kenyataan tersebut menandakan pengesahan rasmi pertama pentadbiran baharu mengenai dasar Israel-Palestin sejak Biden memegang jawatan pada 20 Januari.

Mills berkata AS “mengesa Israel dan pihak berkuasa Palestin untuk menghindari langkah sepihak yang membuatkan penyelesaian dua negara lebih sukar, seperti pencerobohan wilayah, kegiatan penempatan, meroboh, menghasut keganasan dan pemberian pampasan kepada individu yang dipenjarakan kerana tindakan keganasan.” – Bernama

Presiden Joe Biden menyampaikan ucapan di Bilik Makan Kerajaan Rumah Putih di Washington pada 26 Januari 2021. – AP

 

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -