Biden mula bangkit tumpaskan Sanders

WASHINGTON, 4 MAC – Joe Biden berjaya bangkit dalam pertandingan Rumah Putih Demokratik, selepas beroleh kemenangan ke atas musuh utama, Bernie Sanders dalam majoriti daripada 14 buah bandar yang dipertandingkan di Super Tuesday.

Selepas gagal mendapat sebarang undi bulan lalu, harapan Biden

untuk berada di Rumah Putih kembali menyerlah selepas ramalan awal menunjukkan kemenangan di bahagian Selatan Virginia, Utara Carolina dan Alabama.

Beliau kemudian memenangi undian di Tennessee, Arkansas, Mennesota, Oklahoma dan kawasan pencabar belia, Elizebeth Warren di bandar Massachesttes.

“Mereka belum menguburkan saya lagi,” kata bekas timbalan perdana menteri yang berusia 77 tahun kepada penyokong-penyokong beliau di Los Angeles.

Pencabar beliau Sandersm, 78, pada mulanya mendahului selepas berjaya memenangi undi di Iowa, dan dua buah bandar seterusnya.

Di Bandar Texas, di malam hadiah kedua terbesar dengan 228 perwakilan, Biden dilihat bakal menyamai atau menangi tipis ke atas Sanders.

Sekiranya Biden kekal kompetitif di California, beliau berkemungkinan menjadi ketua perwakilan pada hari Super Tuesday, menunjukkan beliau mampu untuk membina gabungan pengundi yang luas.

“Saya belum pernah melihat seorang ahli politik bangkit dari kekalahan sama seperti cerita kebangkitan Joe Biden,” menurut veteran penyiar televisyen Dan Rather menerusi laman sosial media, Twitter, milik beliau. – AFP

Calon presiden parti Demokratik, Joe Biden memberi ucapan semasa perhimpunan malam pemilihan utama di Los Angeles, pada 3 Mac lalu, sedang bersaing sengit dengan pesaing calon presiden Bernie Sanders dan Elizebeth Warren. – AP