Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Biden, pemimpin G7 salur bantuan makanan global

    ANKARA, 29 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion, lapor agensi Anadolu kelmarin.

    Biden dijangka akan mengumumkan pembiayaan tambahan bernilai AS$2.76 bilion bagi membantu melindungi golongan paling rentan di dunia dan mengurangkan impak daripada krisis Rusia-Ukraine, di tengah-tengah ketidakstabilan dasar keselamatan makanan dan kekurangan zat yang semakin meningkat, menurut kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih kelmarin.

    Sebanyak AS$2 bilion akan disalurkan untuk bantuan kecemasan, manakala AS$760 juta digunakan bagi bantuan makanan jangka pendek bagi mengurangkan kadar kemiskinan, kebuluran dan kekurangan zat di negara-negara yang terjejas akibat harga makanan, baja dan bahan api yang tinggi.

    Pelaburan itu bertujuan menyokong usaha lebih 47 buah negara dan organisasi serantau menangani kekurangan baja dan pembelian biji benih. Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) memperuntukkan sejumlah AS$640 juta bagi menyokong program pertanian dan keselamatan makanan demi mengukuhkan kapasiti dan daya tahan sektor pertanian di lebih 40 buah negara dengan 24 di Afrika, 10 di Asia dan masing-masing enam di Amerika Latin dan Asia Barat.

    Manakala AS pula telah menyediakan AS$2.8 bilion bagi bantuan bekalan makanan kecemasan di negara-negara yang terjejas akibat krisis makanan yang dilanda perang, menurut Rumah Putih. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...