Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Biden, Putin bakal bincang krisis Ukraine

    MOSCOW, 30 DIS – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin menekankan keperluan untuk mencari penyelesaian diplomatik semasa panggilan telefon terbaharu mereka hari ini bertujuan meredakan ketegangan yang menyelubungi konflik Ukraine.

    Panggilan itu dibuat selepas Moscow awal bulan ini mengemukakan tuntutan keselamatan yang menyeluruh kepada ibu negara Barat, mengatakan NATO tidak boleh menerima anggota baharu dan berusaha menghalang AS daripada membuka pangkalan baharu di negara bekas kerajaan Soviet.

    Panggilan tersebut, yang akan bermula pada 8:30 malam waktu tempatan, juga diadakan sebelum rundingan di antara wakil dua pesaing di Geneva pada Januari, dengan Washington berkata ia menjangka membincang konflik Ukraine dan Moscow menegaskan tuntutan keselamatannya dipenuhi.

    Biden, yang berada di rumahnya di Delaware untuk percutian Tahun Baharu, akan menekankan dalam panggilannya bersama Putin bahawa Washington inginkan ‘jalan diplomatik’ untuk keluar daripada krisis, kata pegawai kanan pentadbiran kepada wartawan.

    “Tetapi kami juga bersedia memberikan tindak balas jika Rusia meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine,” Biden akan beritahu Putin, kata pegawai itu, sambil menambah bahawa Washington tetap ‘amat bimbang’ tentang penghantaran tentera dan mahu melihat tentera Rusia kembali ‘ke kawasan latihan biasa mereka’.

    Dalam mesej kepada Biden beberapa jam sebelum panggilan itu, Putin berkata beliau ‘yakin’ bahawa “kita boleh bergerak ke hadapan dan mewujudkan dialog Rusia dan Amerika yang berkesan berdasarkan saling menghormati dan mengambil kira kepentingan negara masing-masing.”

    Jurucakapnya, Dmitry Peskov kemudian memberitahu wartawan bahawa Moscow ingin mengadakan rundingan.

    “Kami percaya hanya melalui rundingan segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan di antara kita,” kata Peskov, sambil menambah panggilan adalah atas inisiatif Putin. – AFP

    Presiden Joe Biden dan Presiden Rusia, Vladimir Putin, tiba untuk bertemu di ‘Villa La Grange’, 16 Jun lalu di Geneva, Switzerland. Biden dan Putin berbual menerusi telefon hari ini, bertujuan meredakan ketegangan yang mengelilingi konflik Ukraine Timur. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...