Saturday, December 2, 2023
23.4 C
Brunei

    -

    Biden sedia kerjasama dengan Republikan

    WASHINGTON, 10 NOV – Presiden Joe Biden, kelmarin, menyifatkan pilihan raya pertengahan penggal sebagai ‘hari yang baik’ untuk demokrasi dan berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Republikan.

    Bercakap sehari selepas pilihan raya bagi memilih kedua-dua ahli dewan Kongres, Biden berkata beliau akan bertemu dengan pemimpin parti Republikan dan Demokrat untuk ‘membincangkan cara kami boleh bekerjasama untuk tempoh berbaki tahun ini’ selepas lawatannya ke Indonesia untuk G20.

    “Ia adalah hari yang baik, saya fikir, untuk demokrasi,” kata Biden, merujuk kepada pilihan raya Selasa dengan jangkaan kemenangan besar oleh Republikan tidak berlaku.

    “Demokrasi kita telah diuji sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan menerusi undi mereka, rakyat Amerika telah bersuara dan membuktikan sekali lagi kita adalah demokrasi,” katanya seperti dilaporkan oleh agensi Anadolu.

    Presiden AS itu juga berkata ‘pengundi masih kecewa’, namun menambah bahawa pentadbirannya ‘baru bermula.’

    Ditanya sama ada beliau sedang menimbang untuk bertanding jawatan presiden pada 2024, Biden berkata: “Niat kami adalah untuk bertanding semula, tanpa mengira apa keputusan dalam pilihan raya ini.”

    Biden berkata beliau akan mengesahkan sama ada beliau akan bertanding pada ‘awal tahun depan.’ – Bernama

    Presiden Joe Biden tersenyum ketika beliau berucap pada sidang media sehari selepas pilihan raya AS di State Dining Room Rumah Putih, Washington pada 9 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    7 mangsa pesawat Osprey belum ditemui

    TOKYO, 1 DIS – Pihak pengawal pantai Jepun hari ini menyusuri dasar laut untuk mencari serpihan pesawat tentera Osprey Amerika Syarikat (AS) yang terhempas...