Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Biden tangani isu senjata api

    WASHINGTON, 15 MAC – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengeluarkan perintah eksekutif baharu kelmarin bagi mengekang keganasan disebabkan senjata api dengan meningkatkan pemeriksaan latar belakang dalam penjualan senjata, sebagai tambahan kepada tindakan lain yang sedia ada.

    Pengumuman itu dibuat semasa presiden melawat bandar yang didominasi oleh penduduk Asia Amerika di selatan California, yang menyaksikan insiden tembakan terburuk tahun ini semasa orang ramai meraikan Tahun Baharu Cina.

    Dalam kejadian pada 22 Januari itu, 11 orang terbunuh kebanyakannya warga emas, manakala sembilan lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata memasuki dewan tarian di Monterey Park dan melepaskan tembakan.

    Ketika bercakap kepada penduduk di situ, Biden menyifatkan insiden itu yang merupakan antara kes tembakan terbesar dan paling teruk dalam sejarah California.

    Perintah terbaharu presiden itu bertujuan menyekat pemilikan senjata api daripada kalangan golongan yang berbahaya menerusi peningkatan penguatkuasaan undang-undang ‘red flag’ yang berkesan, mengukuhkan usaha untuk memastikan industri senjata api yang lebih bertanggungjawab selain mempercepat usaha penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti dan menangkap penembak yang mengancam komuniti,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan. – Bernama

    Presiden Joe Biden bercakap mengenai usaha mengurangkan keganasan senjata api di Monterey Park, California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...