Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Biden tidak berhasrat hantar tentera ke Ukraine

    WASHINGTON, 25 FEB – Presiden Joe Biden tidak berhasrat menghantar tentera Amerika Syarikat (AS) untuk berperang di Ukraine, menurut jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki kelmarin.

    “Pendirian itu tidak berubah,” Psaki berkata pada satu sidang media.

    Beliau berkata Washington akan bertindak balas dengan mengenakan sekatan ekonomi yang ketat berikutan campur tangan Rusia di Ukraine.

    Ditanya berhubung kemungkinan perang nuklear selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran mereka yang menyokong Ukraine bakal mene-rima “akibat”, Psaki berkata “kami tidak melihat sebarang peningkatan ancaman setakat ini.”

    Psaki turut memaklumkan AS bersedia memberi peruntukan bantuan kemanusiaan “lebih besar” kepada Ukraine. Dari segi bantuan kemanusiaan, kami telah menyalurkan bantuan terbesar bernilai AS$52 juta kepada Ukraine tahun lepas.

    Sejak beberapa minggu lalu, kami juga menyediakan pembiayaan tambahan dan bekalan kepada organisasi kemanusiaan,” tambahnya.

    AS turut mengecam laporan mengenai kakitangan kemudahan penyimpanan sisa nuklear Chernobyl di Ukraine dijadikan tebusan dan menggesa mereka dibebaskan, tambahnya.

    Terdahulu, penasihat presiden Ukraine, Mykhailo Podolyak berkata Kyiv telah hilang kawalan ke atas loji jana kuasa di utara negara itu selepas pertempuran sengit dengan tentera Rusia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...