KRAMATORSK, UKRAINE, 13 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden buat pertama kali menuduh tentera Vladmir Putin melakukan pembunuhan beramai-ramai di Ukraine, di mana Rusia telah mempertingkatkan kempennya untuk menawan bandar pelabuhan strategik, Mariupol.
Dakwaan Biden dibuat ketika Moscow – sudah dituduh oleh Barat melakukan kekejaman berleluasa ke atas orang awam – dikhuatiri bersedia untuk serangan besar-besaran di seluruh timur Ukraine dan Washington memberi amaran ia mungkin melibatkan senjata kimia.
“Ya, saya menggelarnya pembunuhan beramai-ramai,” Biden memberitahu wartawan kelmarin, beberapa jam selepas menggunakan istilah itu dalam ucapannya di Iowa – ia pertama kali digunakan oleh anggota pentadbirannya.
“Kami menyerahkannya kepada peguam untuk memutuskan secara antarabangsa sama ada ia layak atau tidak, tetapi kelihatan begitu bagi saya,” kata Biden. “Ia menjadi semakin jelas bahawa Putin cuba melenyapkan penduduk Ukraine.”
Presiden Volodymyr Zelen-sky – yang berulang kali menuduh Moscow melakukan ‘pembunuhan beramai-ramai’ – segera memberi respons dengan berkata di Twitter, “Dua perkataan iaitu pemimpin sejati.”
“Menyatakan kebenaran sangat penting untuk menentang kekejaman,” tulis Zelensky – memperbaharui gesaannya untuk menghulurkan lebih banyak senjata bagi ‘menghalang kekejaman Rusia’.
Biden sebelum ini menggelar Putin sebagai ‘jenayah perang’ ketika penemuan ratusan orang dilaporkan dibunuh di Bucha, luar Kyiv, mencetuskan kemarahan global.
Tetapi dia tidak berhenti menggunakan perkataan ‘pembunuhan beramai-ramai’ sejajar dengan protokol AS, kerana definisi undang-undangnya yang ketat dan implikasi berat yang dibawa oleh tuduhan itu. – AFP