Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Biden undi awal dalam pilihan raya separuh penggal

WASHINGTON, 30 Okt – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengundi awal dalam pilihan raya separuh penggal (mid term) di pusat mengundi di negeri kelahirannya Delaware kelmarin, lapor Xinhua.

Pilihan raya itu akan diadakan pada 8 Nov dan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan AS dan 35 daripada 100 kerusi Senat akan dipertandingkan.

Selain itu, 39 pilihan raya gabenor negeri dan wilayah serta pilihan raya negeri dan tempatan lain turut akan dipertandingkan. Lebih 20 juta orang telah mengundi setakat ini, menurut data Projek Pilihan Raya AS.

Sebanyak 71 peratus pengundi berpendapat AS menuju ke arah yang salah berbanding 20 peratus berkata ia berada di landasan yang betul, menurut analisis NBC News yang dikeluarkan awal bulan ini.

Sebanyak 81 peratus daripada Demokrat percaya agenda Parti Republikan menimbulkan ancaman dan jika tidak dihentikan ia akan memusnahkan Amerika. Sementara itu, 79 peratus Republikan berpandangan sama mengenai agenda Parti Demokrat. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -