LEEDS, 4 OKT – Marcelo Bielsa memuji Leeds yang bermain sedaya upaya untuk mengekang Manchester City daripada mencatat keputusan seri 1-1 dan peluang pasukan pelawat untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali lagi terhalang.
City minggu lalu dikalahkan dengan keputusan 5-2 di tangan Leicester City di laman sendiri dan mereka nampak ingin menebus kekalahan tersebut dengan mendominasi perlawanan pada awal minit, dan Raheem Sterling berjaya menjaringkan gol pembukaan.
Walau bagaimanapun, meskipun pemain pertahanan bernilai 62 juta pound, Ruben Dias membuat penampilan sulung, pasukan kendalian Pep Guardiola masih nampak goyah di bahagian pertahanan dan Leeds berjaya menyamakan kedudukan apabila Rodrigo mengambil kesempatan atas kecuaian penjaga gol Ederson sebelum sejam perlawanan.
Pertemuan pertama antara Pep Guardiola dan Bielsa di EPL yang dinanti-nantikan dan perlawanan tersebut tidak menghampakan yang berkesudahan dengan hanya dua gol meskipun dengan 35 percubaan terkumpul yang dilakukan.
“Bagi mereka untuk menguasai kami adalah begitu mudah buat mereka, ia tidak memerlukan usaha yang keras, namun bagi kami ia memerlukan kami untuk bermain dengan sedaya upaya untuk berada pada tahap mereka,” kata Bielsa. – AFP































