Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BIG anjur mesyuarat agung ke-13

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Institusi Geomatik Brunei (BIG), petang tadi, telah mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-13 yang berlangsung di It’s A Grind Coffee House, Citis Square, Kampung Serusop.

    Mantan Presiden BIG bagi tahun 2017, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan semasa ditemui menjelaskan, mesyuarat tahunan itu membincangkan mengenai pelbagai aktiviti yang telah diadakan oleh institusi berkenaan pada tahun-tahun yang lepas, pindaan perlembagaan, menerima dan meluluskan laporan kewangan dan pemilihan ahli-ahli majlis baru (2018-2020).

    Beliau menjelaskan lagi, BIG adalah sebuah institusi profesional di mana keahliannya dibukakan kepada juruukur tanah, pentadbir tanah, perancang bandar dan pentadbir alam sekitar.

    Pengiran Haji Matusin ketika ditemui pada mesyuarat agung tahunan BIG.

    “BIG telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan para ahli BIG semakin meningkat sepanjang tahun di mana kini ia mempunyai kira-kira 60 orang ahli dan saya dengan senang hati mengatakan bahawa jumlah ini berkembang dari semasa ke semasa dan itu adalah usaha BIG untuk merekrut ramai ahli dari pelbagai disiplin,” ujarnya.

    Penubuhan BIG adalah bertujuan untuk mempromosikan dan memajukan sains, amalan dan penggunaan geomatik untuk kemajuan manusia dan komuniti serta memupuk kerjasama dan pemindahan teknologi serantau dan antarabangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda