Big John mula dilelong

PARIS, 21 OKT – Rangka triceratops ‘Big John’ yang berusia 66 juta tahun dan yang terbesar pernah digali kira-kira lapan meter panjang, telah dilelong di Paris hari ini.

Harganya dijangka mencecah 1.5 juta euro (AS$1.7 juta) di dewan lelongan Drouot.

Rangka tulang Big John 60 peratus lengkap dan digali di South Dakota, Amerika Syarikat pada 2014 dan dicantumkan oleh pakar di Itali.

Dinosaur itu tinggal pada zaman Batu Kapur, era terakhir dinosaur dan mati di dataran banjir, terkubur dalam lumpur yang menjadikannya kekal terpulihara.

Kecederaan pada tanduknya dekat kranium menunjukkan ia pernah terlibat dalam satu perkelahian.

Ia adalah rangka tulang dinosaur yang dijual oleh Drouot yang menurut laman webnya menempatkan satu allosaurus dan satu lagi diplodocus yang masing-masing bernilai 1.4 juta euro pada 2018. – AFP

Galeri menempatkan triceratops pada bingkai logam menjelang lelongan di Paris. – AFP