Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Big Red Warrior uji ketahanan mental dan fizikal

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Aktiviti sukan lasak berhalangan sudah pasti tidak asing lagi pada masa kini, lebih-lebih lagi bagi para belia yang cenderung menguji stamina dan ketahanan fizikal mereka dalam menempuhi halangan yang berisiko tinggi lagi penuh mencabar.

    Para pembaca pasti pernah mendengar dan menonton program game show terkenal Ninja Warrior dan Wipeout di kaca-kaca televisyen mahupun di laman-laman media, di mana dalam program berkenaan para peserta diuji menerusi ketangkasan dan ketahanan fizikal melewati berbagai-bagai rintangan.

    Sehubungan itu, melihat keseronokan aksi peserta tidak mustahil menarik minat para pembaca untuk menaruh harapan mengikuti acara berkenaan tapi menggapainya hanya sebagai angan-angan saja.

    Namun, angan-angan awda itu kini dapat dikabulkan dengan mengalami sendiri aksi seperti dalam program berkenaan melalui Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course iaitu perlumbaan berhalangan sepanjang 200 meter yang baru diperkenalkan pada bulan Jun lalu di taman permainan terunggul di negara ini, Jerudong Park.

    Uji mental dan fizikal awda di Big Red Warrior
    Big Red Warrior lebih daripada sekadar ujian kecergasan malah ia juga merupakan ujian kekuatan mental awda. Apabila melakukan cabaran perlumbaan ini, awda sebenarnya mencabar diri sendiri untuk membuktikan kepada diri bahawa awda boleh mengatasi sebarang halangan yang ada padanya.

    Antara halangan Big Red Warrior yang perlu ditempuh.
    Ketika memulakan Big Red Warrior tersebut, setiap peserta terpaksa mendaki tangga yang agak curam sehingga mencecah ke paras ketinggian lebih kurang 5 meter.
    Salah seorang peserta terjun secara bebas sebelum meneruskan cabaran halangan berikutnya.
    Baru-baru ini, pengamal media tempatan diberikan peluang bagi mencuba dan merasai sendiri pengalaman menempuhi cabaran berkenaan.
    Terdapat 25 halangan berbeza yang perlu dihadapi di Big Red Warrior termasuk Double Helix, Foxtrot, Half Moon, Bar Swing, Pyramid Climb, Spike Log, Donut Rings, Block Wall dan banyak lagi.

    Meskipun 200 meter bukanlah suatu jarak yang jauh jika difikirkan, namun dengan pelbagai halangan dan cabaran yang terdapat pada Big Red Warrior tersebut jelas sekali menguji ketahanan fizikal dan stamina setiap orang yang mencubanya. Di dalam Big Red Warrior, terdapat 25 halangan berbeza yang perlu dihadapi termasuk Double Helix, Foxtrot, Half Moon, Bar Swing, Pyramid Climb, Spike Log, Donut Rings, Block Wall dan banyak lagi.

    Baru-baru ini, pengamal media tempatan diberikan peluang bagi mencuba dan merasai sendiri pengalaman menempuhi cabaran berkenaan. Pada permulaan halangan Big Red Warrior tersebut, setiap dari kami yang mencubanya terpaksa mendaki tangga yang agak curam sehingga mencecah ke paras ketinggian lebih kurang 5 meter. Setelah itu, kami dikehendaki untuk terjun secara bebas ke bawah sebelum meneruskan cabaran halangan berikutnya.

    Bagi penulis sendiri, ia merupakan satu permainan yang sungguh mencabar dan menakutkan terutama bagi mereka yang takut dengan ketinggian atau gayat. 

    Bukan saja ketahanan fizikal kita akan dicabar di sana tetapi juga ketahanan mental kita dalam melawan ketakutan terhadap ketinggian yang terpaksa kita harungi demi beralih cabaran berhalangan seterusnya.

    Setelah halangan tersebut, kami terpaksa berusaha melalui halangan seterusnya yang tidak kurang mencabar disebabkan kurangnya persediaan stamina yang mencukupi sebelum mencuba Big Red Warrior tersebut.

    Persiapkan stamina dan kekuatan fizikal
    Adalah disarankan bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri Big Red Warrior tersebut agar dapat memastikan tahap stamina dan menyediakan kekuatan fizikal serta mental mereka terlebih dahulu sebelum mencubanya agar mampu melalui halangan-halangan yang mencabar tersebut dengan mudahnya.

    Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course merupakan cabaran berhalangan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini, oleh itu rugi rasanya kalau kita melepaskan peluang untuk merasai sendiri cabaran tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...