KUALA LUMPUR, 16 MAC – BigPay, sebuah fintech Asia Tenggara kelahiran tempatan, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam ekosistem DuitNow yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia (PayNet). Pengguna BigPay tidak lama lagi akan dapat menggunakan DuitNow untuk pemindahan wang domestik segera.
Di samping itu, pelanggan-pelanggan BigPay akan turut menikmati DuitNow QR, standard kod QR nasional Malaysia, untuk pembayaran kepada para peniaga.
“Dengan penyertaan BigPay dalam ekosistem DuitNow, para pelanggan dan peniaga di Malaysia dapat menikmati kemudahan penerimaan dari lebih banyak titik terimaan daripada peniaga dan pelanggan yang lebih luas selaras dengan perkembangan ekosistem yang berterusan”, kata Peter Schiesser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet. – Bernama