ISTANBUL, 7 OGOS – Penghantaran kedua bekalan bijirin dari Ukraine telah selamat tiba di pelabuhan Istanbul, menurut Kementerian Pertahanan Turkiye pada Sabtu.
Kapal Navistar mengibarkan bendera Panama, belayar dari pelabuhan Ukraine, Odesa ke Ireland dengan membawa 33,000 tan jagung, tiba di Istanbul kira-kira 2 petang waktu tempatan, lapor Xinhua.
Sementara itu, kapal Rojen berbendera Malta dan Polarnet berbendera Turkiye, yang belayar dari pelabuhan Chornomorsk, masing-masing menuju ke Britain dan Türkiye turut berjaya sampai ke destinasi masing-masing.
Ukraine masih mempunyai kira-kira 20 juta tan bijirin untuk dieksport, lapor Agensi Anadolu. – Bernama