Bil air baharu diperkenalkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR) , Kementerian Pembangunan memaklumkan bahawa sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan pelanggan, Jabatan Kerja Raya akan menjalankan program penggantian bil air lama iaitu bil air yang sedang diguna pakai kepada bil air baharu bagi Daerah Brunei dan Muara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, langkah ini sangat diperlukan sebagai langkah permulaan bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan bil air melalui e-mel atau aplikasi mudah alih.

Penggantian bil air ini telah bermula pada 10 Jun secara berperingkat-peringkat.

Sehubungan itu, pelanggan-pelanggan yang memerlukan penghantaran bil air melalui e-mel iaitu setelah menerima format bil air yang baharu boleh terus berhubung dengan Kaunter pembayaran bil air, Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan untuk mendaftar alamat e-mel.

Contoh bil air baharu.