Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Bilang pamer fesyen tempatan di APEC

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Buat julung kalinya, Bilang, sebuah jenama fesyen tempatan telah dijemput untuk mempamerkan sentuhan rekaan pakaian semasa berlangsungnya Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Bangkok, Thailand, yang diadakan dua hari berakhir hari ini. Bilang, merupakan salah satu daripada 20 jenama fesyen antarabangsa yang dijemput bagi memeriahkan pertunjukan fesyen sebagai sebahagian daripada acara yang telah disusun untuk menyambut kehadiran ketua-ketua negara dan perwakilan ke persidangan berkenaan yang diadakan pada hari ini sehingga esok.

    Busana Bilang hampir keseluruhannya dihasilkan daripada fabrik sutera Thai.

    Sentuhan menarik berkenaan ditafsirkan dengan adanya nilai keharmonian warna yang indah, biru melambangkan air manakala kuning mencerminkan persahabatan dan kemesraan.

    Hiasan kelopak bunga Simpur pada rompi biru menggambarkan bunga yang terapung di hamparan sungai. Kebergantungan bunga dan air inilah yang menjadi metafora persahabatan dan hubungan yang teguh dan berdaya tahan.

    Sehubungan itu, jenama berkenaan juga akan mewakili Negara Brunei Darussalam di Minggu Fesyen Sutera Thai pada 9 Disember nanti yang bakal berlangsung di Siam Paragon.

    Bilang merupakan jenama fesyen premium yang diasaskan oleh Awang Zulhelmi Kamaluddin dan Awang Fikri Afif.

    Rekaan busana daripada fabrik sutera Thai yang ditafsirkan melalui keharmonian warna yang indah mencerminkan persahabatan dan kemesraan. – Gambar serahan Bilang
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...