Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bilangan gajah lebih kecil tidak menunjukkan penurunan populasi

    KOTA KINABALU, 16 FEB – Kajian terkini Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia menunjukkan bahawa anggaran populasi gajah yang lebih kecil di bahagian tengah Sabah, bukan disebabkan berlakunya penurunan populasi haiwan itu di kawasan tersebut.

    Pengurus Pemuliharaan Gajah WWF Malaysia Dr Cheryl Cheah menerusi satu kenyataan hari ini, berkata perbezaan anggaran itu adalah disebabkan keterhadan kaedah dalam kajian anggaran populasi gajah sebelum ini.

    Katanya, sebuah penerbitan akademik oleh badan itu, bertajuk “Recent Estimate of Asian Elephants in Borneo Reveals a Smaller Population” (Anggaran Terkini Gajah Asia di Borneo Menunjukkan Populasi Lebih Kecil) menganggarkan populasi gajah Borneo di bahagian tengah Sabah adalah sebanyak 387 ekor dengan kepadatan 0.07 individu bagi satu kilometer persegi.

    Cheah, yang terlibat dalam penulisan jurnal itu, berkata kawasan kajian meliputi habitat gajah di kawasan tengah Sabah, justeru anggaran tersebut hanya membabitkan gajah di Hutan Simpan Ulu Segama, Malua, Kuamut, Gunung Rara, Kalabakan dan Sungai Pinangah.

    “Jika habitat gajah di kawasan lain di bahagian tengah Sabah seperti sebahagian Hutan Simpan Sapulut, Ulu Kalumpang dan Kalabakan dimasukkan, jumlah anggaran populasi gajah adalah kira-kira 451.” – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...