Bilangan kes harian konsisten dua angka, dua lagi kematian

PUTRAJAYA, 23 APRIL – Malaysia menyaksikan bilangan kes positif COVID-19 secara harian yang konsisten iaitu pada kadar dua angka dalam tempoh tujuh hari berturut-turut dan pada masa sama mencatat dua lagi kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah kes kumulatif kini sebanyak 5,603 kes.

Beliau berkata sebanyak 90 kes COVID-19 telah pulih dan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah sebanyak 3,542 kes.

“Seperti trend yang dilihat kebelakangan ini, bilangan kes yang discaj hari ini adalah melebihi bilangan kes yang dilaporkan.” – Bernama