Bilangan pelancong melonjak tinggi di Uluru

SYDNEY – Sebilangan besar pelancong berpusu-pusu untuk meneroka Uluru – turut dikenali sebagai batu Ayers – sebelum larangan mengejut dikuatkuasakan di tapak tersebut yang dianggap suci bagi masyarakat asli Australia.

Gambar yang memaparkan beratus-ratus pelancong berkunjung ke kawasan itu telah membangkitkan percanggahan media sosial di mana pengkritik mengejek mereka sebagai individu yang tidak berpengetahuan kerana melawan kehendak pemilik tanah tradisional masyarakat asli, Anangu.

“Kebanyakan mereka merupakan etnik yang tidak mempunyai etika,” kata salah seorang masyarakat asli, Laura McBride yang melihat gambar menunjukkan orang ramai berbaris menaiki batu Uluru. “Bila seorang membawa anaknya mendaki, ia seakan-akan membawa anaknya itu kepada sikap ‘ignorant’,” tambahnya kepada media.

“Bayangkan jika anda mendaki Uluru sebelum ianya ditutup merupakan satu tindakan yang seperti tidak menghormati budaya hidup masyarakat yang tertua di dunia,” kata wartawan National Indigenous Television, Madeline Haymen-Reber.

Pegawai berkuasa mengatakan bahawa pengharaman itu berkuat kuasa pada 26 Oktober, bertujuan untuk menghormati kebudayaan, melindungi tapak tersebut daripada kerosakan alam sekitar sekali gus memastikan keselamatan pengunjung. Dianggarkan lebih daripada 395,000 pengunjung telah melawat taman tersebut dalam tempoh 12 bulan hingga Jun 2019, menurut Parks Australia, kira-kira 20 peratus lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Pegawai berkuasa mengatakan bahawa pengharaman itu berkuat kuasa pada 26 Oktober, bertujuan untuk menghormati kebudayaan dan melindungi tapak tersebut. – AFP
Kira-kira 13 peratus daripada mereka yang berkunjung dalam tempoh tersebut telah melakukan aktiviti pendakian, menurut pihak berkuasa taman tersebut. – AFP

Kira-kira 13 peratus daripada mereka yang berkunjung dalam tempoh tersebut telah melakukan aktiviti pendakian, menurut pihak berkuasa taman tersebut.

“Ia sentiasa sibuk, terutamanya di kawasan taman negara itu sendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Central Australia, Stephen Schwer kepada AFP. “Kami sentiasa berdepan dengan masalah ketersediaan penginapan, kerana banyak pengunjung mahu mendaki Uluru sebelum ianya ditutup. Ia sentiasa sibuk berbanding dalam tempoh percutian biasa,” jelasnya lagi.

Pengunjung dari Jepun dan Australia merupakan antara pengunjung tertinggi yang ingin mendaki Uluru. Pelancong dari Australia, Belinda Moore memandu ke Uluru dari kediamannya di pusat bandar Queensland untuk mendaki tapak tersebut dan menganggap ia satu pengalaman yang berharga untuk dirasakan sekali dalam seumur hidup. “Apabila mendengar tapak ini akan ditutup, kami segera mengatur rancangan untuk mendaki tapak tersebut sebelum iannya ditutup,” jelasnya kepada AFP.

Moore berkata bahawa pendakiannya itu bukanlah satu aktiviti yang tidak menghormati budaya tradisional kerana dia sendiri bukan puak asli kawasan itu. “Ia berkemungkinan khas untuk etnik mereka sendiri, kerana ia merupakan tapak suci bagi mereka. Saya sangat sedih kerana mereka menutupnya, tetapi batu ini masih menakjubkan dan saya akan masih mengesyorkan kepada orang ramai untuk mengunjunginya,” tambahnya.

Aktiviti mendaki batu itu akan ditutup secara kekal selepas 26 Oktober nanti. Uluru mempunyai kepentingan rohani dan budaya bagi masyarakat asli Australia sejak puluhan ribu tahun yang lalu.

Walaupun jumlah pengunjung dijangka akan menurun sebaik sahaja pengharaman tersebut namun Schwer berkata bahawa pengendalian sektor pelancongan tempatan di kawasan itu akan kembali normal dan masih berjalan seperti biasa.

“Orang ramai perlu ingat bahawa komuniti di Australia Tengah merupakan sebuah komuniti yang saling berhubung dan masyarakat ini meminta penghentian pendakian tersebut,” jelas Schwer kepada media. – AFP