Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bilangan projek PPR di Sabah terbesar di Malaysia

    PUTRAJAYA, 20 MAC – Bilangan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dilancarkan di Sabah adalah yang terbesar di seluruh negara, membabitkan 38 projek yang merangkumi penyediaan 26,099 unit rumah, menurut Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    “Daripada jumlah itu 34 projek PPR yang melibatkan 23,509 unit telah siap dibina, manakala empat projek PPR lagi melibatkan 2,590 unit masih dalam pembinaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    KPKT berkata PPR Batu Putih, Sandakan yang melibatkan 900 unit adalah salah satu projek PPR di Sabah yang sedang dalam proses pengisian.

    PPR Batu Putih telah siap dibina dan diserahkan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah pada 28 Nov 2019, namun ia tidak dapat dibuat pengisian lebih awal disebabkan kerja-kerja pembaikan yang dilaksanakan, susulan penggunaannya sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...