Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bilangan saudara baru kian bertambah

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Syiar agama Islam di Negara Brunei Darussalam kian berkembang dengan kehadiran lebih ramai saudara baru yang memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka.

    Sehubungan itu, hari ini menyaksikan dua orang lagi memilih agama Islam dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah iaitu Kathleen Gail Ferrer Dineros, 26, bersama anak damit beliau, iaitu Daniel Gale Ferrer Dineros di hadapan pegawai Pengislaman Pusat Dakwah Islamiah (PDI).

    Kathleen Gail Ferrer Dineros memilih nama Islamnya sebagai Nurjannah Gaul binti Abdullah Dineros, sementara anak damit lelakinya dengan nama Islamnya Muhammad Daniel bin Abdullah.

    Majlis pengislaman yang berlangsung di rumah Awang Roslan bin Haji Mohammad di Jalan Binglu Selatan, Rancangan Perumahan Negara Tanah Jambu itu diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baru yang diraikan.

    Dayang Nurjannah Gaul melafazkan ikrar pengislaman di hadapan pegawai Pengislaman Pusat Dakwah Islamiah.

    Mengikut statistik keramaian yang memeluk agama Islam seluruh negara dari bulan Januari hingga Disember 2016, seramai 472 orang saudara baru telah dicatatkan, sementara catatan keramaian yang memeluk agama Islam seluruh negara dari Januari hingga Ogos 2017 dicatatkan seramai 292 orang.

    Manakala catatan keramaian yang memeluk agama Islam bagi Daerah Brunei dan Muara bagi bulan Januari hingga Ogos 2017 sahaja telah mencatatkan seramai 159 orang saudara baru.

    Negara Brunei Darussalam telah diisytiharkan sebagai Negara Zikir yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kehadiran saudara-saudara baru akan menambahkan lagi jumlah umat Islam di negara ini yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai akhlak mulia dan meninggikan pelbagai syiar Islam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda