Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bilbao mara kelompok lapan terakhir selepas belasah Barca

    MADRID, 21 JAN – Barcelona tersingkir dari saingan Copa del Rey kelmarin meskipun Ferran Torres berjaya meledak gol sulung namun gagal menghalang kekalahan dramatik 3-2 selepas masa tambahan di tangan Athletic Bilbao.

    Kekecewaan buat Barca semakin bertambah dengan jelas kelihatan Ansu Fati merasa kecewa kerana mengalami kecederaan pada separuh masa kedua masa sebenar di San Mames.

    Fati baru sahaja kembali pada awal bulan ini selepas dua bulan diketepikan kerana masalah kecederaan hamstring, yang turut membuat kepulangan pada September setelah disisihkan selama 10 bulan kerana mengalami kecederaan lutut.

    Satu lagi masa kecederaan menimpa Fati akan menjadi tamparan hebat kepada harapan Barca untuk bersaing merebut tempat empat teratas La Liga. Pedri juga diminta untuk diturunkan pada masa tambahan.

    Barce berharap untuk bertemu Real Madrid di kelompok lapan terakhir tetapi sebaliknya Athletic yang mara menyertai Madrid, Real Sociedad, Mallorca, Rayo Vallecano, Cadiz, Valencia dan Real Betis dalam undian perlawanan hari ini untuk menentukan kelompok lapan pasukan terakhir.

    Madrid akan menjadi pilihan utama, selepas Sevilla ditewaskan di tangan Real Betis, yang sekarang berkemungkinan menjadi ancaman terbesar kepada pasukan Ancelotti untuk memenangi kejuaraan Copa del Rey pertama mereka sejak 2014, semasa Ancelotti pertama kali dilantik sebagai jurulatih.

    Barca telah menjuarai Copa del Rey musim lalu dan mempertahankan gelaran mereka mungkin adalah peluang yang terbaik bagi musim ini.

    Mereka semakin terpinggir di La Liga dan ditewaskan oleh Madrid pada perlawanan Piala Super Sepanyol minggu lalu, dengan Liga Europa menjadi satu-satunya jalan yang realistik untuk meraih trofi. – AFP

    Pemain Athletic Bilbao meraikan kemenangan pusingan 16 Piala Copa del Rey Sepanyol antara Kelab Athletic dan Barcelona di stadium San Mames di Bilbao, 21 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...