Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    BILIF meterai MoU bersama LIBF

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dengan matlamat untuk bekerjasama
    ke arah pembangunan modal insan dalam sektor perbankan dan kewangan, Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan London Institute of Banking and Finance (LIBF), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan daripada BILIF, hari ini, penandatanganan itu dimeterai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat bagi pihak BILIF manakala LIBF diwakili oleh Pengarah Urusan Pendidikan Profesional, LIBF, Mark Heaton.

    Dengan MoU itu, BILIF kini menawarkan Profesional Diploma in Banking & Finance (PDipB&F) dan Advanced Diploma in Banking & Finance (AdvDipB&F) dari LIBF.

    PDipB&F merangkumi kelulusan-kelulusan yang diiktiraf oleh industri bagi menyokong perkembangan kerjaya dalam perniagaan dan perbankan komersial. PDipB&F berobjektif untuk melengkapkan para peserta dengan pengetahuan pakar dan membina kecekapan berkaitan industri yang relevan dalam bidang-bidang berkenaan.

    Setelah memperoleh PDipB&F, para peserta akan berkelayakan untuk menyertai AdvDipB&F di mana mereka akan berpeluang untuk meneroka isu-isu strategik yang dihadapi oleh bank-bank secara lebih mendalam, pengurusan risiko dan strategi serta inovasi dalam perbankan.

    Hajah Sufinah dan Mark Heaton menunjukkan dokumen yang dimeterai. – Gambar serahan BILIF

    Para peserta akan diberikan fleksibiliti untuk melengkapkan diploma-diploma berkenaan di mana PDipB&F boleh diselesaikan dalam tempoh 16 bulan atau lebih awal, manakala AdvDipF&B boleh diselesaikan dalam tempoh 12 bulan atau lebih awal.

    Setelah berjaya menamatkan diploma ini, para peserta yang mempunyai pengalaman profesional selama tiga tahun akan berkelayakan memohon Chartered Associateship
    LIBF.

    Status yang diperoleh akan meningkatkan profil profesional peserta dan membantu dalam memajukan kerjaya mereka.

    Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pensijilan PDipB&F dan AdvDipB&F atau pensijilan lain yang ditawarkan oleh BILIF boleh menghantar e-mel kepada BILIF di askSEED@bilif.com.bn.

    BILIF yang sebelum ini dikenali sebagai Centre of Islamic Banking, Finance and Management (CIBFM), merupakan sebuah pusat kecemerlangan bagi industri kewangan di bawah Brunei Darussalam Central Bank (BDCB).

    BILIF menawarkan program pembelajaran dan latihan berkualiti tinggi dan juga menganjurkan seminar dan acara kolaborasi khususnya dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan.

    Untuk maklumat lanjut mengenai BILIF, sila layari laman web BILIF di www.bilif.com.bn, atau akaun Instagram BILIF, @BILIF.bn.

    LIBF, yang diasaskan pada 1879 di United Kingdom, ialah sebuah kolej universiti yang bertujuan untuk memajukan perbankan dan kewangan dengan menyediakan pendidikan yang cemerlang yang disesuaikan dengan keperluan individu, perniagaan dan masyarakat.

    LIBF juga mempunyai pejabat serantau di Emiriah Arab Bersatu dan Singapura. LIBF menyediakan program-program dan pensijilan yang mengiktiraf ahli-ahli profesional dalam perbankan dan kewangan, yang merangkumi penganugerahan sijil dan juga penganugerahan status Chartered Associateship.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...