Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    BILIF sokong jualan Hari Raya Pusat Ehsan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya pada bulan Ramadan ini, Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah menyampaikan sumbangan kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BILIF, di sini, hari ini, sumbangan yang diberikan berupa bahan-bahan asas bagi keperluan pembuatan kuih-muih seperti telur, gula aising, Nutella dan sebagainya yang akan digunakan oleh kakitangan Pusat Ehsan dengan kerjasama mahasiswa dan mahasiswa dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) bagi produk jualan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri Pusat Ehsan dalam masa terdekat ini di mana semua hasil jualan tersebut juga sebagai keperluan bagi menampung operasi harian pusat.

    Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BILIF, Hajah Sufinah binti Haji Sahat kepada Pemegang Amanah Eksekutif Pusat Ehsan, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin.

    Hajah Sufinah dan Pengiran Datin Hajah Noraini bergambar ramai bersama sumbangan yang dihulurkan oleh BILIF. – Gambar serahan BILIF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...