Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

BILIF terima anugerah cemerlang

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Institut Kepimpinan dan Kewangan Islam Brunei (BILIF) telah mencatat satu pencapaian yang begitu membanggakan apabila menerima anugerah bagi kategori Pendidikan dan Latihan Kewangan Islam Terbaik Brunei 2021 daripada Global Banking & Finance Review semasa Anugerah Perbankan dan Kewangan Global 2021, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BILIF, Global Banking & Finance Review merupakan salah satu majalah cetak dan dalam talian yang terunggul bagi sektor perbankan dan kewangan dengan pembaca global dari lebih 200 negara.

Antara pemenang-pemenang bagi Anugerah Perbankan dan Kewangan Global berkenaan termasuk syarikat-syarikat pelbagai peringkat dari seluruh dunia yang telah berjaya mempamerkan kepakaran serta kecemerlangan khususnya dalam industri kewangan.

Dalam pada itu, platform anugerah berkenaan telah mula memberi pengiktirafan kepada inovasi, pencapaian, strategi serta perubahan yang progresif dan memberi kesan di dalam industri kewangan global sejak penubuhannya pada 2011.

Kenyataan menyatakan, ditubuhkan pada 2010, BILIF yang dulu dikenali sebagai Pusat Pengurusan Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) adalah sebuah pusat kecemerlangan bagi industri kewangan di bawah Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB).

BILIF menawarkan program pembelajaran dan latihan berkualiti tinggi serta menganjurkan seminar-seminar khas dan acara-acara kolaborasi khususnya dalam bidang kewangan Islam dan kepimpinan.

Setakat Disember tahun lepas, BILIF telah menjayakan lebih 550 program dan kursus pembelajaran berkualiti tinggi serta menganjurkan 64 seminar khas dan acara kolaborasi bagi lebih dari 13,700 peserta. Ini termasuk program-program Virtual Instructor-Led Training (VILT) dan acara-acara lain yang dikendalikan secara dalam talian.

BILIF telah menerima anugerah bagi kategori Pendidikan dan Latihan Kewangan Islam Terbaik Brunei 2021 semasa Anugerah Perbankan dan Kewangan Global 2021, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -