Bilik darjah dijadikan reban ayam

KIRINYAGA, KENYA, 7 SEPT – Ayam telah menggantikan pelajar di sebuah sekolah Kenya tatkala pendidik menjana pendapatan selepas pembelajaran negara dibatalkan sehingga Januari.

Sekolah swasta di negara Afrika Timur terjejas teruk dan lebih 300,000 kakitangan kebanyakannya mengambil cuti tanpa gaji sehingga kelas disambung semula, kata Peter Ndoro, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Sekolah Swasta Kenya.

Dalam bilik darjah yang bertukar menjadi ladang ternakan ayam, pemilik Beatrice Maina menggelar situasi ‘satu bencana akademik.’ Sekolah Mwea Brethren biasanya dihadiri oleh lebih 300 kanak-kanak dan mempunyai 20 guru sepenuh masa. Namun kesemuanya telah dihantar pulang.

Tatkala ekonomi meleset, Maina membela ayam jenis berlainan dalam bilik darjah kosong. – AP