Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Bilik darjah tadika dijilat api

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan JBP

    KUALA BELAIT, 30 JAN – Sebahagian bilik darjah tadika di Sekolah Menengah Chung Ching, Seria telah dijilat api dalam kejadian kebakaran, kelmarin, dengan tidak ada mangsa dilaporkan.

    Kebakaran yang dilaporkan berlaku sekitar 12:47 tengah hari itu berjaya dipadamkan dalam masa lima minit oleh sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Seria.

    Anggota bomba bertindak memadam kebakaran dengan memakai satu set alat pernafasan serta mengeluarkan satu aliran hos bagi memadam kebakaran tersebut dengan air diperolehi dari pili-pili bomba yang berdekatan.

    Susulan insiden tersebut, JBP menyarankan orang ramai untuk sentiasa memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan pemadam api ringan jenis debu kering 4kg dan selimut api (fire blanket) selain memastikan mana-mana suis peralatan elektrik ditutup selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan.

    Di samping itu, memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    JBP dalam kenyataannya turut menyatakan ada menyediakan program-program keselamatan seperti kursus marsyal bomba, Life Saver 995 dan taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Sebahagian bilik darjah di Sekolah Menengah Chung Ching yang terbakar dalam kejadian tersebut.
    Jantera bomba dilihat di luar bangunan tadika berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...