‘Bilik kebal’ Artik pelihara benih makanan dunia

LONGYEARBYEN – Sebuah ‘bilik kubah hari kiamat’ yang terletak di Artik menerima 60,000 sampel biji benih baharu baru-baru ini, termasuk bunga kuning ‘cowslip’ Putera Charles dan jagung Cherokee, menambah lagi stok hasil pertanian dunia sebagai persediaan sekiranya berlaku malapetaka global.

Kebimbangan yang meningkat mengenai perubahan iklim dan kehilangan spesies sedang mendorong kumpulan di seluruh dunia untuk menambah benih mereka kepada koleksi di dalam sebuah gunung berhampiran Longyearbyn di Pulau Spitsbergen di gugusan kepulauan Svalbard di Norway, kira-kira 1,300 kilometer dari Kutub Utara.

Tanaman makanan ‘Noah’s Ark’ ditubuhkan untuk memelihara tanaman yang boleh menyara penduduk yang semakin bertambah yang menghadapi perubahan iklim.

“Tatkala kadar perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti meningkat, tindakan segera perlu diambil dalam usaha untuk menyelamat tanaman makanan yang menghadapi risiko kepupusan,” kata Stefan Schmidt, yang mengendali simpanan sebagai ketua Crop Trust.

“Skop simpanan benih yang besar hari ini mencerminkan kebimbangan dunia mengenai kesan perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti ke atas pengeluaran makanan.”

Wakil dari banyak negara dan universiti membawa kotak yang mengandungi biji benih dari seluruh dunia ke dalam bank Svalbard pada 25 Februari 2020 di Norway. – AFP
Perdana Menteri Erna Solberg (belakang kanan), Menteri Pertanian dan Makanan Norway Olaug V Bollestad ( belakang kiri) dan Presiden Ghana Nana Addo Dankwa Akufo-Addo (dua kiri) melawat bank gen di Norway. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 29 Februari menunjukkan pemndangan am pintu masuk ke bank gen antarabangsa Bilik Kebal Benih Global Svalbard, di luar Longyearbyn di Spitsbergen, Norway. – AFP

Ketua bank genetik negara-negara Nordik, Lise Lykke Steffensen, berkata setiap benih dalam bilik kebal ‘mempunyai penyelesaian berpotensi untuk pertanian mampan.”

“Penyelesaian yang penting untuk menyara penduduk yang semakin bertambah dan mencapai satu peralihan hijau,” tambah beliau.

Sejumlah 36 institusi serantau dan antarabangsa telah menyumbang kepada 60,000 sampel yang disimpan pada Selasa. Ketibaan baharu termasuk tanaman asas seperti gandum dan beras, serta jenis pokok epal Eropah.

Juga antara benih adalah kekacang, labu dan jagung dari Negara Cherokee – kumpulan Amerika pertama yang menghantar tanaman ke bilik kebal – termasuk jagung White Eagle asli mereka.

Putera Britain Charles, yang terkenal dengan sokongan alam sekitarnya, menghantar benih 27 tanaman liar, termasuk bunga kuning ‘cowslip’ dan orkid yang dikutip dari padang rumput Highgrove, negara asalnya.

“Ia terbukti tugas meletihkan untuk memujuk orang tentang peranan penting ang dimainkan oleh diversiti ini dalam mengekalkan ekosistem yang sihat yang menghidupkan penduduk serta planet kami,” kata Putera Wales dalam satu kenyataan.

“Adalah amat penting kami bertindak sekarang untuk melindungi diversiti ini sebelum segala-galanya terlambat,” tambah beliau.

Hantaran terbaharu akan membawa jumlah benih, disimpan dalam tiga ruang kecil tingkat bawah tanah yang membentuk bilik kebal, juga dikenali sebagai Noah’s Ark, pada suhu 18 darjah Celsius, kepada 1.05 juta.

Bank benih mempunyai kapasiti untuk menempatkan sehingga 4.5 juta sampel. Kira-kira dua atau tiga juta sampel ‘merupakan idea yang bagus untuk menjamin masa depan makanan manusia,” beritahu Schmitz kepada AFP dalam bilik sejuk Longyearbyn.

Tidak menampakkan saiz besar jelapang ini untuk kemanusiaan di lereng gunung yang dilitupi ais kecuali pintu masuknya yang tersendiri: dua dinding kelabu yang mencuar tinggi dari perut bumi, selain cermin dan kepingan besi mewujudkan bayangan yang bercahaya dalam kegelapan musim sejuk kutub.

Simpanan benih dilancarkan pada 2008 dengan pembiayaan dari Norway dengan tujuan melindungi biodiversiti ketika menghadapi perubahan iklim, peperangan dan bencana semula jadi dan buatan manusia, justeru memperoleh nama gelaran ‘bilik kebal hari kiamat.”

Kegunaannya diberi tumpuan ketika perang saudara Syria apabila para penyelidik pada tahun 2015 berjaya mengeluarkan dari bilik kebal duplikasi bijirin yang hilang dalam pemusnahan Aleppo. Negara dan institusi yang menyimpan benih dalam bilik kebal mengekal pemilikan ke atas benih dan boleh mengeluarkannya apabila perlu.

Lebih daripada 5,000 spesies tanaman kini disimpan di Gugusan Kepulauan Artik, landskap beku dan tandus di mana hampir tidak ada tanaman yang tumbuh di sana.Bilik kebal itu sendiri telah terjejas oleh perubahan iklim.

Pada 2016, air meresapi ke dalam pintu masuk terowong apabila permafros yang melitupinya mula cair apabila suhu Artik naik mendadak.

Semenjak itu, Norway telah membiayai kerja-kerja untuk menebat dan melindungi bilik kebal daripada kesan lanjut pemanasan dan iklim yang lebih basah, yang dikatakan oleh saintis sedang berlaku dalam kadar dua kali lebih cepat di Artik berbanding purata global. – AFP