Bilik musnah dalam insiden kebakaran

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Satu insiden kebakaran bilik berlaku di Kampung Masin, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, di sini, 10 orang anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh DSO Zulkefle bin Haji Ali dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Cawangan Operasi ‘F’ dikerahkan ke tempat kejadian pada pukul 7:22 pagi.

Kenyataan menyatakan bahawa kebakaran rumah jenis banglo itu sempat dipadamkan oleh dua orang pekerja menggunakan dua alat pemadam api jenis debu kering 4 kilogram dan semua penghuni rumah telah pun keluar dengan selamat sebelum jentera bomba sampai.

Anggota bomba dan penyelamat seterusnya bertindak memadam bara-bara api dan dapat dipadamkan keseluruhannya dalam masa 10 minit. Kenyataan menyatakan bahawa punca dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.

Keadaan bilik yang musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Masin, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP