Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Bilik tamu musnah dijilat api

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Bilik tamu sebuah rumah jenis banglo musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Bebuloh petang kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 11 orang anggota dari Balai Bomba Pengkalan Batu dan bantuan dua orang anggota dari Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi ‘F’, yang diketuai oleh DSO Haji Safar bin Haji Judin telah dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 3:18 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa apabila anggota bomba dan penyelamat tiba, api besar telah membakar sebahagian rumah jenis banglo, yang diperbuat daripada konkrit keseluruhannya dan beratapkan spandik, berukuran 10 meter panjang dan 17 meter lebar.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memakai alat pernafasan dan memadamkan kebakaran berkenaan.

    Kebakaran melibatkan sebuah bilik tamu berukuran 6 meter panjang dan 4 meter lebar serta sebahagian lorong terkena bahang api.

    Api dapat dikawal dalam masa 7 minit dengan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan dan tidak ada sebarang korban jiwa dilaporkan.

    Anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran yang memusnahkan bilik tamu serta sebahagian lorong sebuah rumah jenis banglo dalam kejadian kebakaran di Kampung Bebuloh baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...