GAMBAR ini mungkin kelihatan seperti diambil dari dalam sebuah kereta api, namun ia sebenarnya diambil dari dalam sebuah bilik rumah kepunyaan oleh seorang peminat kereta api di Jepun.
Masyarakat The tetsudo fan (yang diambil dari istilah terjemahan Jepun ‘railfan’) di Jepun adalah terkenal dengan obsesi mereka terhadap sesuatu yang berkaitan dengan kereta api. Bagi beberapa komuniti ini, me-reka akan membuat perjalanan ke seluruh negara itu dengan mengambil gambar model kereta api seberapa banyak mereka mampu, menghadiri acara-acara istiadat kereta api lama yang akan diberhentikan operasinya dan cuba menyentuhnya bagi mengenang koleksi memorabilia ini. Namun sebahagian daripada tetsudo fan ini akan melakukan lebih daripada itu.
Seperti pengguna Twitter @igaigaadjmadjml, seorang peminat kereta api di mana keseluruhan halaman di ruangan media sosialnya dipenuhi dengan gambar-gambar dan mesej-mesej yang berkaitan dengan kereta api. Dia baru-baru ini memutuskan untuk tidak perlu lagi pergi ke stesen kereta api untuk berada di dalam sebuah kereta api, oleh itu dia cuba untuk menukar salah satu bilik di rumahnya dengan replika kereta api sebenar Jepun dalam skala saiz yang besar.
@igaigaadjmadjml telah menyiarkan gambar pertama bagi bilik tidurnya yang bertemakan kereta api, yang hampir siap pada 13 April lalu, dan ia kelihatan seperti sebuah kereta api yang sebenar di mana ramai peminat-peminat kereta api lain menyuarakan ketidakpercayaan mereka, sambil menambah bahawa kesemua butir-butir kecil adalah terlalu sempurna. Selepas meletakkan begitu banyak usaha dan kerja-kerja dalam projek ini, dua tidak mahu membiarkan keraguan mereka ini menghancurkan pujian yang sepatutnya dimiliki, jadi sehari selepas itu, dia kemudiannya menyiarkan beberapa gambar lagi mengenai kerja-kerja pembinaan yang dilakukan.



Gambar-gambar yang ditunjukkan di mana dinding-dinding di bilik tersebut dibuka dan digantikan dengan bingkai kayu, yang mana terdapat di dalam bahagian-bahagian kereta api. Kemudian ianya dicantumkan dan menghasilkan sebuah replika kereta api klasik yang begitu menakjubkan. Grapree melaporkan bahawa sama seperti tetsudo fan yang lainnya, @igaigaadjmadjml juga menghadiri acara-acara ini di mana kereta api lama diberhentikan operasinya dan membeli bahagian-bahagiannya yang diperlukan untuk dipasang semula di dalam rumahnya.
Apa yang lebih menarik lagi apabila ianya bukan sebuah replika kereta api pertama @igaigaadjmadjml yang telah dibina di rumahnya. Dalam tweetnya baru-baru ini, dia telah mengongsikan tiga imej siri kereta apinya 485, yang dibinanya sebelum ini, dan ianya sangat realistik. Dia amat bersungguh-sungguh dan penuh keazaman, itu yang pasti.