Billie Eilish akui ingin jadi seorang ibu

Penyanyi dan penulis lirik antarabangsa, Billie Eilish berkata lebih baik jika dia mati daripada tiada punya anak.

Menurut laporan Sunday Times Magazine, bintang pop ini memberitahu dia teringin menjadi seorang ibu dan memiliki anak adalah salah satu tujuan utama hidupnya.

“Saya sanggup mati daripada tidak mempunyai anak. Saya ingin merasa menjadi seorang ibu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Billie turut mengulas mengenai insiden tembakan rambang di salah sebuah sekolah di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan kanak-kanak menjadi takut dan trauma untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah.

Bilie Eilish ingin merasai pengalaman menjadi seorang ibu. – Agensi

“Kenapa rasa takut untuk ke sekolah? Tidak logik bagi kanak-kanak untuk bersedia pergi ke sekolah dan pastinya mereka mengalami trauma,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 20 tahun ini turut berkongsi tentang kesusahannya berhadapan dengan depresi sewaktu kejayaan album pertama, When We All Fall Asleep, Where Do We Go?

“Sejujurnya saya tidak suka kejayaan saya kerana beberapa tahun saya berkarier, saya masih lagi muda dan berada dalam keadaan sangat tertekan.

“Saya masih lagi tidak tahu jika saya mampu kecapi impian saya,” tambah penyanyi lagu Bad Guy ini.

Untuk rekod, anak kepada Maggie Baird ini menderita penyakit sindrom tourette sejak berusia 11 tahun. – Agensi