Billie Eilish dedah kisah semasa kecil

Billie Eilish telah membuat pendedahan bahawa dia telah diambil kesempatan sewaktu dia masih muda, dan menegaskan bahawa penderaan di bawah umur adalah “di mana-mana.”

Melalui temu bualnya bersama majalah British Vogue, bintang pop berusia 19 tahun itu memberitahu bahawa single terbaharunya, Your Power adalah “surat terbuka” untuk orang yang mengambil kesempatan, terutamanya lelaki.

Tetapi Billie Eilish telah menolak untuk menceritakan lebih lanjut mengenai penderanya, dan merayu kepada peminat untuk “tidak mencari siapa yang saya bicarakan” dalam lagu itu.

“Ia sama sekali bukan mengenai seorang. Anda mungkin berfikir ,’ini ke-rana dia berada dalam industri muzik’. Ianya di mana-mana,” jelas Billie Eilish.

Dia turut menyatakan bahawa penderanya bukanlah figura dalam industri muzik.

Billie Eilish telah membuat pendedahan bahawa dia telah diambil kesempatan sewaktu kecil. – Agensi

“Saya tidak tahu seorang gadis atau wanita yang tidak mempunyai pengalaman yang sangat buruk. Dan lelaki juga, lelaki muda sentiasa diambil kesempatan,” kata Billie Eilish

Penyanyi itu menambah bahawa kanak-kanak dimanipulasi kerana mereka “merasa sangat matang dan mengetahui segalanya”.

“Orang lupa bahawa anda dapat membesar dan mengenang semula masa kecil. Tidak kira siapa, bagaimana hidup, situasi, siapa di sekeliling, seberapa pintar..Anda akan sentiasa diambil kesempatan.

“Dan ianya sangat memalukan dan merendahkan semangat untuk berada dalam situasi ini dengan menganggap anda tahu begitu banyak dan kemudian anda menyedari, saya didera sekarang,” kata Billie Eilish.

Billie Eilish turut menambah bahawa itu adalah situasi tepat ketika dia menemui dirinya pada usia kanak-kanak namun enggan mengulas dengan lebih lanjut. – Agensi