Bimbang banyak lebah mati

MOSCOW, 9 JULAI – Para pegawai Rusia melahirkan kebimbangan terhadap kematian besar-besaran lebah di seluruh negara itu.

Kementerian Pertanian Rusia berkata dalam satu kenyataan hari ini, lebah-lebah itu telah mati dalam jumlah yang banyak kira-kira dalam tujuh rantau tahun ini.

Pakar-pakar menganggap kematian itu berpunca pada kecuaian dan penggunaan berlebihan racun serangga di ladang berhampiran.

Rossiya 1 dalam satu laporan TV, kelmarin, memetik seorang petani di luar Moscow yang mengatakan dia telah kerugian 100,000 ekor lebah pada minggu lalu. Rakaman menunjukkan tanah-tanah yang ditutupi lebah-lebah yang mati. – AP