Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bimbingan kefahaman Islam sebenar

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 15 Feb – Dalam usaha memakmurkan masjid dan memberikan ilmu kepada jemaah dan saudara-saudara baru di Kampung Long Mayan, Jawatankuasa Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan telah mengadakan Bengkel Menghalusi Fardu Ain bermula kelmarin.

    Bengkel tersebut yang disertai seramai 34 orang yang terdiri daripada jemaah Balai Ibadat Hajah Aminah, penduduk Kampong Long Mayan dan saudara-saudara baru, diadakan setiap petang Selasa iaitu selepas menunaikan sembahyang fardu Maghrib sehingga 7 Mac ini.

    Turut hadir di bengkel tersebut ialah Ketua Kampung Long Mayan, Awang Muhd Eddy Suffian bin Abdullah dan Imam Balai Ibadat Hajah Aminah, Awang Mohd Ghazali bin Muhd Ariffin.

    Antara tujuan bengkel itu diadakan adalah untuk membimbing dan memberi panduan cara beribadat melalui teknik perlaksanaan yang tepat dan berkesan mengikut hukum-hukum syarak, membantu dan memberi kefahaman kepada peserta mengenai asas-asas agama bagi menepati kehendak Islam sebenarnya.

    Antara yang menyertai Bengkel Menghalusi Fardhu Ain di Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Daerah Tutong.
    Antara yang menyertai Bengkel Menghalusi Fardhu Ain di Balai Ibadat Hajah Aminah Kampung Long Mayan, Daerah Tutong.
    Semasa bengkel dijalankan.
    Semasa bengkel dijalankan.

    Selain itu, untuk memudahkan para peserta mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dalam melaksanakan fardu Ain serta mengenal pasti kesalahan-kesalahan dalam ibadat dan memperbaikinya melalui latihan amali.

    Bengkel dikendalikan oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong, Haji Masri bin Haji Mohammad.

    Antara tajuk yang difokuskan dalam bengkel berkenaan adalah Thaharah, Najis, Istinja, Mandi, Wuduk dan Tayamum.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda