Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    BIMP-EAGA atur semula sektor pelancongan pascapandemik

    JAKARTA, 27 NOV – Negara-negara di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) sepakat mengatur semula sektor pelancongan ke arah memperkasa kemampanan, keterangkuman, daya tahan dan inovasi untuk manfaat masyarakat tempatan.

    Keluaran Dalam Negara Kasar subrantau itu meningkat kepada 2.4 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 3.3 peratus pada 2020 tetapi pelancongan kekal sebagai sektor paling terjejas teruk dengan pertumbuhan paling perlahan dalam ketibaan pelancong.

    Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat BIMP-EAGA ke-25 yang dihadiri menteri dan pihak berkepentingan di Kalimantan Barat, Indonesia pada Sabtu, Malaysia diwakili Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

    Anggota mesyuarat itu berpendapat bahawa pelaksanaan pelan komunikasi pemulihan pelancongan BIMP-EAGA dan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) akan menarik pelancong, memandangkan subwilayah itu selamat dan mudah dikunjungi.

    “Para menteri juga menyambut baik penamatan Inisiatif Kuarantin One Borneo dan menantikan pemeteraian Surat Hasrat pada 2023,” kata Nor Azmie dalam satu kenyataan hari ini.

    Mengenai Kajian Separuh Penggal BIMP-EAGA Wawasan 2025, beliau berkata Malaysia telah mencadangkan untuk menjadikan hasil rundingan lebih dinamik untuk projek dan program pembangunan ekonomi masa depan.

    Isu lain yang dibincangkan termasuk kesalinghubungan, transformasi digital, peranan pembangunan industri pertanian dan perikanan dalam menangani perubahan iklim dan krisis makanan serta perkongsian dengan rakan kongsi pembangunan dan peralihan tenaga bersih.

    Nor Azmie berkata BIMP-EAGA menantikan cadangan daripada kajian berkenaan Potensi Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui yang akan menyemak pasaran Tenaga Boleh Diperbaharui untuk pelaburan berpotensi.

    “Terdapat cadangan untuk memulakan kesalinghubungan grid kuasa rentas sempadan untuk membantu menangani permintaan tenaga yang semakin meningkat dan menyediakan akses tenaga yang mampan dan boleh dipercayai kepada komuniti,” kata beliau. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...