Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Bina bangunan tambahan, syarikat diarah henti aktiviti

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Sebuah perusahaan penyimpanan barang di Kampung Lambak, Mukim Berakas telah diarahkan untuk menghentikan aktiviti dan merobohkan pembinaan tambahannya kerana telah melanggar Bab 23(2), Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO), iaitu menjalankan kegiatan perusahaan dan membina tambahan bangunan tanpa kebenaran perancangan.

    Jabatan Perancang Bandar dan Desa dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kegiatan penyimpanan barang telah dijalankan di atas lot yang bersyaratkan perumahan am yang mana ia tidak sesuai untuk tujuan penyimpanan barang-barang perusahaan dan pembinaan.

    Manakala tambahan bangunan yang digunakan sebagai penyimpanan bahan binaan ini melibatkan garis bangunan yang mana tidak teratur dan berbahaya.

    Setelah pemantauan dan pemeriksaan rutin dilakukan pada September 2022, pemilik tanah berkenaan didapati telah mematuhi arahan pihak berkuasa dengan menghentikan aktiviti, merobohkan tambahan bangunan dan membersihkan kawasan tersebut.

    Orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Bab 23 TCPO yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja di dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa Kebenaran Perancangan.

    Kegagalan dalam mematuhi boleh dikenakan denda sepertimana di dalam Bab 23 (6) iaitu denda tidak melebihi $200,000; dan kesalahan berterusan dikenakan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

    Bagi sebarang aduan dan khidmat nasihat perancangan, orang ramai bolehlah menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di 8200 222 atau melalui emel di tcp.aduan@tcp.gov.bn.

    Gambar menunjukkan bangunan tambahan sebelum dirobohkan. – Gambar serahan Jabatan Perancang Bandar dan Desa

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...