Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina ‘Eterna’ untuk warga emas

    Tengah hari lalu, ketika hendak memandu ke kedai runcit di sekitar jalan Bengkurong, saya ternampak seorang warga emas berjalan kaki di tengah-tengah panas terik matahari sambil membawa beg kitar semula.

    Sesudah saya tiba di kedai runcit, lelaki berkenaan menuju ke kedai sama dan membeli barangan asasi.

    Setelah diselidiki, lelaki berkenaan rupanya hidup seorang diri tanpa keluarga untuk bergantung harap.

    Sama seperti saya, mungkin ramai yang pernah terserempak dengan warga emas yang berjalan-jalan sendirian atau menunggu di kedai, mahu pun melepak di bawah tangga tanpa hala tuju.

    Warga emas yang berjalan seorang diri apalagi tiada orang memantau mereka sering menjadi kebimbangan kerana mereka terdedah kepada pelbagai risiko seperti kemalangan atau ancaman binatang liar seperti anjing dan monyet.

    Gambar Envato

    Demi menjaga kesejahteraan mereka, saya harap sebuah pusat jagaan dan tempat tinggal khusus bagi warga emas yang tiada keluarga atau sokongan sosial amatlah diperlukan di negara ini.

    Saya tahu apabila disuarakan untuk membina rumah orang tua-tua atau warga emas di negara ini, ramai yang menentang.

    Namun saya rasa tidak salah jika kita memiliki ‘Eterna’ suatu hari nanti.

    ‘Eterna’ yang saya gelar rumah untuk warga emas atau individu terbiar itu bermaksud ‘kekal’ atau ‘abadi’, melambangkan penghormatan dan penghargaan kepada warga emas.

    Eterna bukan sahaja berfungsi sebagai tempat perlindungan, tetapi juga memiliki perkhidmatan dan kemudahan lain termasuk gim, pusat perubatan, taman terapi, perpustakaan, kedai dan dewan untuk penganjuran pelbagai program pendidikan, aktiviti rekreasi dan bengkel kemahiran warga emas bagi memastikan penghuni tidak berseorangan tetapi dapat menjalani kehidupan bermakna.

    Ronie

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda