Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Bina keupayaan PKS rebut peluang RCEP

-

JAKARTA, 23 DIS – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2022, memerlukan kerajaan menambah baik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui pembinaan keupayaan.

Menurut kenyataan Sekretariat ASEAN (ASEC), penting untuk memastikan PKS berupaya meningkatkan daya saing mereka dan meraih faedah daripada perjanjian itu, Perjanjian perdagangan bebas antara negara Asia Pasifik yang ditandatangani pada 15 November 2020 itu memberi peluang kepada PKS bersepadu ke dalam rantaian nilai serantau dan merapatkan jurang pembangunan.

Justeru, peraturan khusus diperlukan untuk memastikan PKS dapat merebut peluang yang ada dalam rantaian di peringkat serantau mahupun global.

Perniagaan ASEAN, terutamanya PKS, mesti membiasakan diri dengan RCEP memandangkan PKS menyumbang sebahagian besar perniagaan di rantau ini.

Negara peserta RCEP ialah Australia, Brunei, Kemboja, China, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Pakar berkata ia juga menjadi petunjuk penting sebagai pemacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19 dan mencerminkan komitmen negara terhadap pertumbuhan ekonomi melalui globalisasi.

Penandatangan RCEP membentuk 28 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global dan 30 peratus daripada populasi dunia.

Di peringkat serantau, menurut ASEC negara peserta sedang memuktamadkan langkah yang perlu dan pengaturan institusi untuk memastikan pelaksanaan perjanjian yang berkesan serta cekap.

Mereka sedang menetapkan undang-undang dan peraturan perlaksanaan yang diperlukan di peringkat domestik.

Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Vietnam telah pun meratifikasi RCEP.

Sementara, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Filipina belum mengesahkannya lagi. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -