Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bina masyarakat berdaya tahan hadapi bencana

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman telah menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AMMDM) ke-10 dan Conference of the Parties to the ASEAN Agreement on Disaster Managemnet and Emergency Response (COP to AADMER) ke-11 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam, Kerajaan Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral Anupong Paojinda.

    Mesyuarat yang dihadiri oleh menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana membawa tema Stronger Together in Balancing Action to Enhance Localisation for Disaster Resilience, antara lain membincangkan pengukuhan tindak balas ASEAN secara bersama terhadap sebarang bencana serta menilai pelaksanaan ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) ke arah merealisasikan hasrat untuk membangunkan masyarakat yang selamat dan berdaya tahan mengharungi bencana.

    Pada mesyuarat itu, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menekankan kepentingan peningkatan kerjasama serantau dengan rakan kongsi yang membawa penyelesaian inovatif khususnya dalam bidang pengurusan bencana bagi menangani cabaran yang dihadapi pada masa ini dan yang akan datang sejajar dengan tema sambutan ASEAN Day of Disaster Management, Stronger Together in Balancing Action to Enhance Localisation for Disaster Resilience.

    Yang Berhormat Dato juga berkongsi beberapa inisiatif yang dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) yang mana program seperti Program Kesedaran Awam Pengurusan Risiko Bencana Peringkat Masyarakat bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan para penduduk mukim dan kampung agar sentiasa peka akan risiko bencana serta persiapannya dalam menghadapi sebarang kejadian bencana dengan mengambil tindakan yang betul dan selamat.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bergambar ramai bersama menteri-menteri ASEAN pada mesyuarat yang berlangsung di Bangkok, Thailand. – Gambar serahan KHEDN

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan bahawa dengan menganjurkan program-program berkenaan, ia dapat membantu Negara Brunei Darussalam dalam membina masyarakat yang berdaya tahan dalam menghadapi bencana berpandukan pengetahuan dan pengalaman untuk mengurangkan impak bencana terhadap kehidupan seharian mereka.

    Di samping itu, persidangan AMMDM itu turut mengongsi perkembangan laporan di peringkat serantau daripada ASEAN Committee Disaster Management yang membentangkan penglibatan ASEAN dalam mengetuai kepimpinan antarabangsa yang berkaitan dengan pengurusan bencana pada tahun ini seperti 7th Session of the Global Platform for Disaster Risk Reduction (GPDRR), di Bali, Indonesia dan Asia-Pacific Ministerial Conference on Disaster Risk Reduction (APMCDRR) di Brisbane, Australia.

    Pada masa yang sama, beberapa mesyuarat berasingan juga diadakan bersama rakan dialog antara ASEAN seperti Mesyuarat AMMDM+ China ke-2, AMMDM+ Jepun ke-2 dan AMMDM+ Republik Korea yang pertama bertujuan untuk me-ningkatkan dialog strategik dalam kerjasama bersama untuk mencapai pengurangan risiko bencana di peringkat serantau.

    Turut hadir semasa mesyuarat berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon dan Pengarah NDMC, Kolonel (B) Mohd Harrith Rashidi bin Haji Mohd Jamin serta pegawai-pegawai kanan dari KHEDN dan NDMC.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...