Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Bina rumah ala Taj Mahal untuk isteri tercinta

-

BURHANPUR, INDIA, 26 NOV – Demi cintanya terhadap isteri dan mencontohi kesetiaan yang dipamerkan dalam perkahwinan terkenal dalam sejarah India, seorang suami telah membina rumah replika Taj Mahal.

‘Monumen Cinta’ asal, Taj Mahal dibina atas arahan maharaja Mughal, Shah Jahan untuk mengabadikan makam isteri tercinta, Mumtaz dalam abad ke-17.

Isteri Anand Prakash Chouksey bagaimanapun masih hidup malah membantu dalam perundingan projek itu dan versi istana marmar yang merupakan salah satu tarikan ajaib dunia, dibina sekitar satu pertiga saiz asalnya.

“Isteri saya hanya mahukan bilik untuk meditasi. Dia merupakan wanita berjiwa rohani,” ahli perniagaan berusia 52 tahun itu memberitahu AFP. “Dia berkata kubah memberikan persekitaran berbeza dan terdapat banyak tenaga positif daripadanya,” menurut Anand.

Taj Mahal asal – digelar ‘air mata di kelopak masa’ oleh penulis Rabindranath Tagore – terletak di Agra, selatan Delhi, walau bagaimanapun, replika dibina Anand Prakas Chouksey terletak kira-kira 800 kilometer jauhnya di Burhanpur. – AFP

Pengamal media berdiri di hadapan replika Taj Mahal di Burhanpur, 25 November. Ahli perniagaan India, Anand Prakash Chouksey telah meniru pembinaan Taj Mahal untuk dihadiahkan kepada isteri tercinta. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -