Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bina rumah perlu kos efektif

    Oleh Syahmi Hassan

     

    MMN Logo 2017BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Salah satu skop yang ingin dipenuhi oleh ‘Housing Focus group’ adalah menyelaraskan berbagai-bagai jenis skim yang terdapat pada masa ini, bukanlah Rancangan Perumahan Negara (RPN) sahaja.

    “Ada juga penyediaan perumahan-perumahan kerajaan yang dikendalikan oleh pihak-pihak lain terutamanya MUIB dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Inilah yang dipastikan agar tidak ada bertindih-tindih penyediaan perumahan ini nanti,” tambah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin bin Abdullah semasa mengulas mengenai isu skim kemajuan perumahan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad semasa Persidangan Majlis Mesyuarat Negara, hari ini.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Bahrin juga menambah bahawa semua aspek akan dilihat untuk memastikan bahawa skim perumahan-perumahan kerajaan tidak bertindih-tindih dan berkesinambungan untuk masa depan.

    “Berhubung dengan isu kesinambungan itu, memang dalam program Jabatan Kemajuan Perumahan jua untuk melihat kaedah ini dan sangat perlu untuk kita memastikan bahawa kos-kos rumah kita buat itu, dibuat dengan ‘cost-effective’ untuk tujuan kemapanan bagi jangka panjang,” jelasnya.

    Yang Berhormat Awang Iswandy juga telah membangkitkan persoalan mengenai adakah pengurangan peruntukan 2017-2018 akan menjejaskan operasi pengurusan jalan raya dan bekalan air memandangkan projek pembangunan semakin rancak dengan penambahan kawasan-kawasan perumahan serta projek-projek pembangunan lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda